Jumaat, 18/3/2011. Assalamualaikum, selesai sudah satu perjumpaan dengan seorang bakal prospek dalam urusan perniagaan aku. Pagi ini pada jam 11:00 pagi aku ada satu temujanji yang aku buat di pejabat aku di menara keck seng, jalan bukit bintang.
dari apa yang dicakapkan oleh en. Jamal dia nak berurusan untuk membeli barangan yang aku bekalkan. Dia bertanyakan mengenai terma dan syarat urusan jual beli dari pehak aku. Aku ada memberitahu dimana aku memerlukan satu surat rasmi yang ditujukan kepada syarikat aku beserta dengan salinan pendaftaran syarikat.
Antara lain yang di bincangkan ialah mengenai procedure sebut harga, pembayaran, penghantaran, mark-up dan lain2. aku memaklumkan bahawa pihak aku akan memberikan harga berdasarkan panggilan telefon yang di buat oleh en.jamal. selepas memberi harga aku akan menunggu untuk mendapatkan persetujuan dia, sekiranya dia setuju dengan harga dan aku akan lock dgn supplier. Selepas dia lock dgn aku, dia kena terus membuat pembayaran ke akaun bank syarikat aku. Selepas pihak aku menerima pembayaran yg dia buat dan pihak aku akan membayar pihak supplier dan selepas itu pihak aku akan menhantarkan barang yang telah dibeli kepada dia. Dari perbincangan dia Nampak setuju.
Perbincangan tak mengambil masa lama, sebab dia sampai di ofis pada jam 11:10 pagi dan selesai pada jam 11:45 pagi. Aku telah memberikan kad nama aku utk memudahkan dia untuk membuat surat . Aku pun jalan bersama dia ke arah pintu keluar untuk menghantar dia.
Itu lah saja yang aku nak tulis. Sekian, terima kasih.